Tuesday, November 22, 2011

Mencari Kebahagiaan

Mencari Kebahagiaan

(Tuhan yang membuka jalan kemenangan itu) Dialah (Allah) yang menurunkan semangat tenang tenteram ke dalam hati orang-orang yang beriman (semasa mereka meradang terhadap angkara musuh), supaya mereka bertambah iman dan yakin berserta dengan iman dan keyakinan mereka yang sedia ada pada hal Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menolong mereka) dan Allah adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Fath : 4)

Bacalah & Tadabbur Al Quran Untuk Memperoleh Kebahagiaan

Terlalu lama tidak menghiasi blog daif ini daripada coretan yang boleh memperingatkan diri ini dan para pembaca.

Sama ada dengan sedar atau tidak, masa tetap berlalu pergi.

Meninggalkan corak – corak benang kehidupan bahagia, sengsara, gembira dan duka.

Kesengsaraan akan hilang apabila datangnya kebahagiaan. Begitulah sebaliknya.

Lantas, cuba kita bertanya ke dalam jiwa kita…

Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak akan pupus sekalipun ribut kesengsaraan tiba-tiba menyusul?

Kebahagiaan yang bagaimanakah yang tidak tergoyah sekalipun dilanda getaran ujian yang hampir sahaja membinasakan diri?

Jawapannya ada di dalam sabda junjungan Rasulullah S.a.w :

Sungguh menakjubkan urusan seorang mukmin. Seluruh urusannya bernilai baik. Jika mendapat kebaikan dia bersyukur, dan itu baik untuknya. Dan jika tertimpa keburukan dia bersabar, dan itu baik untuknya.

(HR. Muslim)

Maka,

bersyukurlah atas nikmat yang dikurniakan kepadamu, nescaya kesyukuran itu akan membahagiakanmu.

bersabarlah atas apa yang menimpamu nescaya kesabaran itu akan membahagiakanmu.

Dengan izin Allah, kebahagiaan dunia yang kamu cari, kebahagiaan akhirat yang akan kamu temui.

Wallahu’alam